kik..klik...klik...TQ kawan2

Thursday, June 17, 2010

Berita Sensasi Pagi ini- Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz

Gambar Google

Terkejut baca Utusan Malaysia pagi nie... baru 2 hari lepas aku tgk gambar azrinaz celebrate birthday anak dia yg sulung kat facebook kwn lama aku...meriah n mewah sgt...tup, tup hari nie keluar paper "Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu". Aduh...sedihnya dgr.. masa dia mula2 kawin dulu (dlm hati: beruntungnya dia dpt kawin ngan sultan yg plg kaya kat asia nie)...tp bila dah jd mcm nie, huhuhuuu..x tahu nak cakap ape...rupa2 nya beliau dah ada 2 org anak... sama gak mcm aku seorang laki dan sorang perempuan...tahun lahir pun sama gak yg lelaki (2006), perempuan (2008)... tahun kawin pun sama gak 2005...apa-apa pun semoga beliau tabah menghadapi hari-hari mendatang...

Gambar google

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei malam tadi mengumumkan baginda menceraikan isteri kedua baginda, Azrinaz Mazhar Hakim selepas lima tahun berkahwin dengan bekas wartawan TV3 itu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 63, mengahwini Azrinaz pada 2005 dan mempunyai dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.
Dalam pengumuman khas yang dibuat di seluruh Brunei jam 8 malam itu dan disiarkan Radio Televisyen Brunei dibacakan Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Abu Bakar antara lain menyebut:

“Atas sebab tertentu (yang tidak dinyatakan), berlandaskan hukum syarak berhubung perkahwinan, pada petang Rabu (16 Jun 2010) baginda Sultan Brunei menceraikan isteri baginda, Azrinaz Mazhar Hakim dengan talak satu.”

Azrinaz, 30, melahirkan anak lelaki mereka kira-kira setahun selepas berkahwin manakala anak kedua, seorang perempuan pada 2008.

Menurut agensi berita AP, Istana Brunei turut menarik balik semua gelaran Dirajanya.
Bagaimanapun tiada butiran lanjut diberikan.

Azrinaz dan Sultan Brunei diijabkabulkan pada 2005 di sebuah istana kerabat diraja Brunei di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dalam satu majlis tertutup dan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan sahabat terdekat kedua-dua pihak.

Azrinaz atau lebih mesra dipanggil sebagai Naz adalah lulusan Diploma Penyiaran dan bertugas di stesen TV3 sejak 1999 sebelum meletakkan jawatannya sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran pada Mei 2005 atas alasan 'untuk menjalankan perniagaan sendiri.'

Sumber: Berita Harian Online

No comments:

heartbeat..click me...TQ

Kenangan Terindah

My family

Jom share LINK...

no copy2

Protected by Copyscape plagiarism checker - duplicate content and unique article detection software.