
STEVIA - pokok herba mengandungi pemanis tanpa kalori. Diekstrak dengan teknologi tinggi menghasilkan agen pemanis yang lebih hebat dari gula.
Tidak mengandungi kalori dan rasa manis yang tinggi menjadikan STEVIA merupakan alternatif terbaik menggantikan gula. Sesuai untuk semua terutama mereka yang ingin menjaga kesihatan, mengalami masalah obesiti, diabetes dan darah tinggi.
Stevia secara tradisi digunakan oleh kaum asli Paraguay sebagai teh herba dan ubat berkurun lamanya. Kini dengan teknologi pengekstrakan moden SteviaSugar Corporation menghasilkan produk Stevia yang boleh digunakan dalam pelbagai bentuk. Ia merupakan pengganti gula dan pemanis buatan yang lain paling ideal di dunia.
SteviaSugar Corporation Sdn Bhd adalah sebuah syarikat tempatan yang mengkhusus dalam menanam, menuai, mengekstrak dan menapis tumbuhan manis Stevia. Pengasas syarikat, Dr Irfan Unal, pemegang Ph.D. dalam bidang Entomology dari Universiti Kebangsaan Malaysia, merupakan salah seorang perintis produk Stevia di Malaysia. Melalui SteviaSugar Corp. Dr Irfan Unal telah memperkenalkan 3 produk STEVIA untuk kegunaan umum
KELEBIHAN STEVIA
*Stevia BEBAS KALORI - Baik untuk kesihatan
*Rasa manis yang tinggi. 200 kali ganda berbanding gula biasa.Guna skit jer...
*Tiada toksik
*Karbohidrat sifar
*Mampu mengawal selera makan - Sesuai untuk mereka yang sedang diet
*Mampu mengawal kandungan gula dalam darah -sesuai untuk pengidap diabetes
*Ia semulajadi, alternatif yang sihat menggantikan gula dan pemanis kimia seperti aspartame dan saccharine
*Dapat mencegah penyakit kronik yang berpunca daripada gula
best jer baca info nie... kl nak tau lbh lanjut klik kat sini
InsyaAllah nak try la jgk stevia nie...elok untuk kesihatan kita sekeluarga... mahal pun berbaloi...




No comments:
Post a Comment