kik..klik...klik...TQ kawan2

Friday, May 6, 2011

Sup ikan haruan

Sup ikan haruan ni dah buat 2 hari yg lepas...tp hari ni baru letak kat blog sebagai panduan masa hadapan kl nak buat sup ni lg. Mahal jgk ye ikan haruan ni. Suami beli kat tesco RM 24 sekilo..huhuhu. Beli ni pun sebab masih berpantang selepas bersalin. Hari ni dah hari ke-27. lambat lg nak sampai 44 hari. Lepas 44 hari pun x blh nak mkn dengan bebas lg. still kena pantang lg.. org tua kata biar la smp 100 hari. Baru body maintain cantik. ye ke??



Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak masak-sy guna olive oil
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk [A]
2 ulas bawang putih - ditumbuk [A]
2 sm halia - ditumbuk [A]
kuib pati ayam/ikan bilis
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup - dihiris
cili padi - dihiris (utk yg nak pedas)

Cara menyediakan:

a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.

b) Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.

c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam,ikan dan kuib pati ayam/ikan bilis. Kacau perlahan-lahan dan masak lagi hingga mendidih.

d) Taburkan daun bawang, daun sup, cili padi dan garam. Kacau rata dan hidangkan.

No comments:

heartbeat..click me...TQ

Kenangan Terindah

My family

Jom share LINK...

no copy2

Protected by Copyscape plagiarism checker - duplicate content and unique article detection software.